eKelas Penggal 2 Minggu 16

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 2 Minggu 16 ini telah diadakan pada 5 dan 6 Julai 2019 bersama bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag.

eKelas pada minggu ini telah dijalankan secara langsung bersama guru eKelas yang bertauliah dan berpengalaman. Dalam kelas ini, para peserta diajar matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi Tahun 6, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Selain itu, para peserta juga didedahkan kepada pembelajaran melalui Learning Port yang boleh diakses melalui portal ekelas.com.my dimana para pelajar boleh mengakses nota-nota serta menjawab soalan-soalan bagi matapelajaran-matapelajaran yang diajar di sekolah mereka. Disamping itu, para peserta juga berpeluang untuk menjalankan aktiviti secara individu dan berkumpulan bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik yang diajar.

Seramai 7 orang pelajar telah menghadiri eKelas bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, dan 9 orang pelajar telah menghadiri eKelas bagi matapelajaran Matematik dan Sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali